Apa bakal berlaku di negeri Johor?


TIMBUL persoalan apakah DUN Johor kini boleh disifatkan berada dalam keadaan samar?

Ia susulan kenyataan Pengerusi lembaga displin Parti Pribumi Besatu Malaysia (Bersatu), Megat Najmuddin bahawa keahlian bekas menteri besar Johor Osman Sapian dalam parti itu telah terlucut.

Berdasarkan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor, Aminolhuda Hassan sebelum ini, DUN akan berada dalam keadaan tergantung sekiranya seorang dari wakil kerajaan keluar dari gabungan disertainya.

"Ia akan menyebabkan jumlah kerusi diperoleh HARAPAN dengan Perikatan Nasional (PN) terikat kepada 28 kerusi.

Jesteru kedudukan Osman kini boleh dianggap sebagai wakil rakyat bebas, yang sekaligus boleh menjadi 'king maker' di Johor.
 
BACA:
DUN Johor tergantung jika bekas MB kembali ke HARAPAN 

Terdahulu, Megat Najmuddin dipetik laporan Malaysiakini berkata, Osman yang juga adalah Adun Kempas itu tidak perlu didakwa di depan lembaga disiplin parti atas tindakan membantu kempen calon Bebas pada pilihan raya kecil DUN Slim baru-baru ini

“Mengikut Perlembagaan Bersatu, Fasal 10.2.3, Datuk Osman telah secara automatik / serta-merta terlucut keahlian beliau dalam parti Bersatu.

“Tak perlu di dakwa depan lembaga disiplin. Setiausaha agung (Bersatu) boleh memberitahu kepada umum bahawa Datuk Osman tidak lagi merupakan ahli Bersatu kerana tingkah laku beliau sendiri,” katanya menurut laporan itu.

DUN Johor memiliki 56 kerusi dengan agihan sebelum ini adalah Umno dan DAP masing-masing 14, Bersatu (12), MIC (dua), PAS (satu), Amanah (9) dan PKR (empat).

Ia menjadikan kerajaan PN mempunyai 29 kerusi berbanding HARAPAN yang sekadar memiliki 27 kerusi, manakala majoriti mudah bagi membentuk kerajaan baharu di Johor ialah 29 kerusi sebelum ini. 

Dengan perkembangan terbaru ini, sekiranya  Osman bertindak menyertai Pejuang atau mengumumkan untuk bersama HARAPAN, maka ia akan menyaksikan jumlah kerusi diperoleh HARAPAN dengan PN masing-masing terikat kepada 28 kerusi.

Jika kedua-dua pihak terikat dengan jumlah kerusi serupa, timbul juga persoalan apakah Pilihan Raya negeri Johor akan diadakan?

Ia sesuai dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Jun lalu yang  memberi amaran untuk membubarkan dewan undangan negeri - bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan jika perebutan kuasa berlaku. 


Bagaimanapun, melalui laporan terkini BH online petang ini, megat Najmuddin dilapor mengubah pendirian awalnya.

Menurut laporan itu, Osman akan dipanggil terlebih dulu bagi menjawab tuduhan membantu calon bebas di Slim sebelum keputusan dibuat terhadapnya.

"Kita tidak mahu membuat keputusan tergesa-gesa kerana ia akan menyebabkan DUN johor tergantung. Kita kena beri keutamaan kepada rakyat," kata sebahagian kenyataanya.

Post a comment

0 Comments