Bekas ADUN berpaling tadah dakwa dikhianati


BEKAS
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Kenny Chua mendakwa dia dikhianati apabila tidak dicalonkan mempertahankan kerusi dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Chua, yang dipecat daripada KEADILAN selepas berpihak kepada bekas ketua menteri Musa Aman berkata, dia dijanjikan untuk menjadi calon mewakili Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Perjanjian awalnya ialah penyandang akan bertanding di kerusi yang diwakili sebelum ini, tetapi mereka tidak menunaikan janji,” katanya di  pusat penamaan calon di Menggatal seperti dilapor media.

Chua merupakan salah seorang dari 13 Adun yang keluar dari gabungan kerajaan Warisan di Sabah, yang membawa kepada pembubaran DUN negeri pada Julai lalu.

Beliau hadir ke pusat penamaan calon pagi tadi untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Kerusi bagi DUN Inanam menyaksikan pertandingan 9 penjuru.

Chua yang bertanding sebagai calon bebas akan Gito Galim yang dinamakan oleh KEADILAN sebagai penggantinya bagi kerusi itu.

Selain Chua dan Gito Galim, kerusi itu turut ditandingi Chong Kah Kiat daripada Parti Liberal Demokratik,  Terrence Tsen (Parti Kerjasama Anak Negeri), Regina Lim (Parti Cinta Sabah), Francis Goh (Parti Gagasan Rakyat Sabah), Mohd Hardy Abdullah (Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu) dan calon Bebas Achmed Noorasrul.

PBS yang menurut Chua sepatutnya menamakannya sebagai calon meletakkan William Majimbun untuk bertanding di kerusi itu. 





Post a comment

0 Comments