Calon KEADILAN Tempusak ada potensi menang


PENYANDANG
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk Musbah Jamli membuat kejutan apabila bertanding atas tiket bebas pada PRN kali ini.

Musbah yang sebelum ini bertanding dengan tiket Barisan Nasional (BN) akan berdepan cabaran enam penjuru bagi mempertahan kerusi tersebut.

Ia termasuk calon BN Mohd Arsad Bistari dan pencabar terdekatnya sejak Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dari KEADILAN
Mustapha Sakmud.
Pada PRU lalu, Musbah memperolehi 7,742 undi menewaskan Mustapha (5,478 undi).

Dengan kehadiran Musbah di kerusi tersebut, ia dijangka akan menyebabkan undi kepada BN pecah. Mustapha dilihat ada potensi besar menang.

Sementara itu, Parti Amanah Negara (AMANAH) mengintai peluang merebut kerusi  di N24 DUN Tanjung Keramat.

Calon mereka, Rosdy Wasli yang menggunakan logo Warisan akan berdepan pertandingan lima penjuru.

Antara lawan utama Rosdy adalah calon BN dari Umno, Shahelmy Yahya dan calon dari Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), DLP dan juga Parti Cinta Sabah.

Manakala parti PAS yang bersedia dari awal untuk bertanding di kerusi ini tidak diberikan laluan oleh rakan-rakan mereka, baik Umno atau Bersatu.


Post a comment

0 Comments