Christina Liew berdepan saingan9 penjuru, Shafie 5 penjuru


PENGERUSI
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah, Datuk Christina Liew berdepan saingan sembilan penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 kali ini.

Perkara itu diumumkan Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Robert Lipo sejurus proses penamaan calon di Wisma Wanita dekat Kota Kinabalu ditutup.

Christina akan dicabar Dr Yee Moh Chai daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Calon lain ialah Presiden Parti Demokratik Liberal, Datuk Chin Su Phin; Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Pang Yuk Ming; Timbalan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Lo Yau Foh dan wakil Parti Gagasan Rakyat Sabah, Chong Tze Kiun.

Turut bertanding di kerusi sama, tiga calon Bebas iaitu seorang arkitek, Sim Sie Hong; ahli perniagaan, Ng Chun Sua dan peguam, Marcel Jude.

Pengerusi Lembaga Penasihat KEADILAN, DatuK Seri Wan Azizah Wan Ismail serta beberapa pemimpin parti itu mengiringi Christina ke pusat penamaan pagi tadi.

Dalam pilihan Raya Umum (PRU) lalu, beliau mempertahankan kerusi DUN berkenaan selepas menang dengan majoriti 2,954 apabila memperoleh 8,174 undi menentang Moh Chai.

Christina difahamkan bertanding sebagai calon nombor 8.

Sementara itu, Ketua Menteri,Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berdepan pertandingan lima penjuru.

Presiden Warisan itu dicabar (Bersatu) ; Mad Jalie Lais (Parti Cinta Sabah), Mohammad Ramzan Abdu Wahab (USNO) dan Pengiran Rahmat (PPRS) di kerusi DUN Senallang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Shafie memenangi DUN Senallang dengan majoriti 5,301undi.

Post a comment

0 Comments