Dua remaja lelaki lemas di Sungai Segamat


DUA remaja lelaki yang mandi di Sungai Segamat bersama tiga lagi rakan mereka dilapor lemas.

Dalam kejadian petang semalam, mangsa dikenali sebagai Tan Kah Chuan, 13, dan Tey Shan Hui, 15 sebelumnya mandi berhampiran Kampung Felda Kemelah, Felcra Sekijang petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Bandar Baru Segamat, Pegawai Bomba Kanan II, Syed Putra Syed Mohd Al-Atas dipetik laporan Sinar berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.22 petang

Susulan itu, seramai 16 anggota dibantu anggota BBP Segamat dan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati dua mangsa iaitu remaja lelaki dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Segamat bersama tiga rakan lain berusia dari 13 hingga 15 tahun.

"Anggota bomba menggunakan teknik ‘surface and searching’ dengan radius lebih kurang 10 meter.
 
Bomba melaksana kerja menyelamat
"Pada jam 5.20 petang, mangsa dijumpai di dasar sungai pada jarak tiga meter dari tebing," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Post a comment

0 Comments