Enam kes baru dilaporkan pada Ahad


SEBANYAK
enam kes Covid-19 baru direkodkan setakat tengah hari ini, maklum Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada enam kes itu, tiga daripadanya merupakan penularan di dalam negara membabitkan dua kes daripada kluster Benteng LD yang kini dirawat di hospital Tawau di Sabah.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua pesakit tersebut mempunyai hubungan persaudaraan, dengan kes kedua dikesan positif.

Sementara itu, satu lagi kes penularan tempatan merupakan kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang dikesan di sebuah pusat perubatan dan kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, seramai dua pesakit telah pulih, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang telah pulih sepenuhnya daripada penyakit itu adalah sebanyak 9,115 kes.

Pertambahan enam kes terbaru itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 154 kes.

"Sehingga kini, terdapat enam kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes," jelasnya.

Post a comment

0 Comments