Jual undi tidak akan kaya, kata Shafie


PROSES
pilihan raya adalah platform untuk rakyat menentukan kerajaan dengan menggunakan hak mengundi.

Justeru, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengajak pengundi Sabah menghentikan kuasa politik wang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 ini.

Berucap di hadapan rakyat Tawau semalam, Shafie mengingatkan bahawa tidak wajar kuasa undi dijadikan barang gadaian.

"Undi kamu punya, tangan kamu yang mengundi, jangan jual undi.

"Pengundi tidak akan kaya dengan duit diberi RM200 atau RM300, tidak mampu beli kereta, tidak cukup bina banglo.

"Pengundi ada maruah dan penentu masa depan anak-anak Sabah," katanya.

Menurut Mohd Shafie, PRN kali ini cukup penting untuk rakyat Sabah menentukan masa depan negeri itu.

Dalam perkembangan berkaitan,Shafie mengesahkan salah seorang calon WARISAN, seorang pengganas seperti dakwaan pihak tertentu.

"Memang pun betul, saya sudah semak, kita sudah siasat dan dia tiada kes," katanya.

Alias Sani yang bertanding di DUN Sekong didakwa terlibat dengan gerakan Jemaah Islamiah (JI) seperti yang didakwa pihak tertentu.

Dipetik laporan Borneotoday. Alias mengakui beliau pernah ditahan tanpa perbicaraan di bawah akta pencegahan (ISA), namun tidak pernah dibuktikan kesalahan jenayah.

Katanya, ia berlaku sekitar tahun 1990-an apabila beliau memberi sedekah dan belajar agama bersama orang tertentu dan kemudian sumbangan itu disalah tafsir untuk aktiviti tidak baik.

“Saya ditahan tanpa bicara, hanya ‘preventive act’ dan saya tidak menyokong keganasan," katanya dipetik.

Post a comment

0 Comments