Kerusi Bersatu mesti ditandingi parti dalam HARAPAN - Husam


PEMIMPIN
Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa melihat populariti bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin merudum berbanding sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Dipetik dalam satu siaran langsung bersama Sinar semalam, Husam melihat  Pakatan Harapan (HARAPAN) ada peluang untuk menang pada PRU lalu, namun ia mungkin akan terjejas sekiranya beberapa kerusi ditandingan gabungan itu sebelum ini diserah kepada parti baru ditubuhkan Dr Mahathir.

Husam merujuk kepada kerusi-kerusi tradisi HARAPAN yang ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika Dr Mahathir masih Pengerusi parti itu sebelum ini

“Peralihan kerajaan dan kenyataan beliau selepas itu menyebabkan kedudukannya di mata sebahagian besar rakyat teruk dan merudum.

“Bila Tun hilang kepercayaan, sekiranya masih memimpin Pejuang dan mengambil kerusi yang ditinggalkan Bersatu, ini akan merugikan rakyat yang mahukan kejayaan menumbangkan kerajaan yang ikut cara ‘tebuk atap’.

“Kalau berikan kerusi kepada Pejuang, ini juga akan menggagalkan hasrat kita untuk mengambil alih kuasa,” katanya dipetik.

Difahamkan terdapat 13 kerusi telah diserahkan HARAPAN kepada Bersatu pada PRU lalu.

Mengulas lanjut, Husam mencadangkan supaya kerusi-kerusi dipertanding oleh Bersatu sebelum ini diagih semula kepada rakan sekutu HARAPAN termasuk Amanah melalui penjajaran semula kerusi.

Langkah itu jelasnya akan menyebabkan rakyat merasa lebih yakin bahawa pentadbiran negara akan berjalan seperti yang diharapkan terutama di beberapa kerusi kubu kuat HARAPAN termasuk di Parlimen Gombak.

"Begitu juga 10 kerusi yang ditinggalkan YB Azmin Ali dan rakan-rakan. Sebahagian besar kerusi ini akan dimenangi HARAPAN. Peluang untuk menang cerah,” katanya

Post a comment

0 Comments