Kes jangkitan Covid-19 meningkat, 62 kes baru dikesan


KEMENTERIAN
Kesihatan (KKM) memaklumkan 62 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 62 kes baru itu membabitkan 6 kes import dan 56 kes penularan tempatan yang sebahagian besarnya dikesan di Sabah.

Kenaikan itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh kira-kira tiga bulan, iaitu kali terakhir pada 4 Jun (277 kes)

Menurut Dr Noor Hisham, enam kes import melibatkan dua warganegara dan empat bukan warganegara.

Sementara daripada 56 kes penularan tempatan yang dilaporkan, 30 merupakan warganegara dan 26 bukan warganegara.

51 kes dikesan di Sabah dan daripada 50 yang dikesan dari Kluster Benteng dan satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dikesan di Hospital Lahad Datu.

Empat kes di Kedah terdiri daripada dua kes daripada kluster baru yang digelar Kluster Sungai, satu kes saringan Kluster Telaga dan satu kes saringan bergejala di sebuah klinik pergigian di Alor Setar. Satu kes selebihnya dicatat di Pulau Pinang.

Perkembangan ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 yang direkod di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 9,459 kes.

9,124 kes yang terlah sembuh termasuk sembilan kes hari ini, jumlah kes aktif adalah 207 kes.

Jumlah kematian kekal 128 orang.

Post a comment

0 Comments