KKM lapor enam kes baru Covid hari ini



ENAM lagi kes baru berkaitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes direkodkan ialah 9,360.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes baru itu terdiri daripada empat kes import dan dua penularan tempatan.

Kes import melibatkan bukan warganegara yang datang dari Indonesia (tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Syria (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Dua kes penularan dalam negara melibatkan warga tempatan yang masing-masing direkodkan di Selangor dan Pahang.

Kes penularan tempatan yang dikesan di Selangor merupakan kes daripada kluster Kluster MV Glen.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Noor Hisham Abdullah memaklumkan seramai 9,079 termasuk empat yang terbaru dilapor telah pulih daripada jangkitan Covid-19.

Tambahnya, sehingga kini kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 153 kes.

Empat kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19, korban akibat wabak itu di Malaysia kekal sebanyak 128.

Post a comment

0 Comments