Pak Wan selesai misi pusing semenanjung kali ke-6


SEORANG
warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 74, sekali lagi berjaya menamatkan misi kayuhan solonya mengelilingi semenanjung.

Wan Hashim atau lebih dikenali sebagai Pak Wan dikalangan pengiat sukan berbasikal negara ini dilapor selamat tiba di rumahnya di Kota Bahru, Kelantan selepas menamatkan misi Kayuhan Solo Merdeka 2020 sejauh 2,318km selama 23 hari.

Dengan kejayaan itu, Pak Wan dinobatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai lelaki tertua di negara ini yang mengelilingi Semenanjung Malaysia sebanyak 6 kali.

Sementara itu, Pak Wan ketika Mengulas mengenai kayuhan kali ini berkata cabaran paling getir dilaluinya adalah ketika mendaki Lebuh Raya Timur-Barat menerusi Banjaran Titiwangsa.

Berbanding tempoh2 hari yang dilakukannya sebelum ini, Pak Wan hanya menyelesaikan misi pendakian itu sehari, iaitu selama kira-kira 11 jam.

“Alhamdulillah…hasilnya dengan semangat yang ada saya berjaya di puncak dengan kayuhan (jarak) sejauh 80km (dari Gerik ke puncak banjaran),” katanya.

Pak Wan mencipta rekod MBOR kali pertama pada 2014 sebagai lelaki tertua di negara ini berjaya membuat kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 2,200km.

Dia turut mencatatkan nama dalam MBOR pada 2015 dan 2017, serta 2 tahun lalu bagi jarak paling jauh 5,319km bagi kayuhan basikal ke Vietnam, Kemboja, Thailand, Singapura dan Riau, Indonesia serta jelajah Malaysia.

 

Post a comment

0 Comments