Pemimpin Umno didakwa seleweng dana OKU.


AGENSI pencegahan rasuah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia )  dilapor menahan seorang pemimpin UMNO di Perak.

Penahanan pemimpin bertaraf Timbalan Ketua UMNO bahagian itu bagi membantu siasatan kes menyeleweng dana sebuah persatuan orang kurang upaya (OKU) pada 3 September lalu.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad yang mengesahkan perkara tersebut berkata, pihaknya menerima laporan bahawa individu berusia 61 tahun itu memindahkan dana berjumlah RM800,000 daripada akaun persatuan ke akaun peribadi miliknya.

"Individu terbabit kini sedang disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana melakukan salah guna kuasa," katanya dipetik laporan media tempatan.

Difahamkan, pemimpin Umno itu merupakan ahli majlis sebuah pihak berkuasa tempatan dan merupakan bekas pengerusi persatuan tersebut.

Dalam pada itu, sumber persatuan berkenaan memaklumkan suspek sudah meletakkan jawatan sebagai pengerusi tahun lalu selepas pihak persatuan membuat laporan kepada SPRM.

Menurut sumber berkenaan, individu berkenaan menjadi pengerusi sejak 2016 namun penyelewengan tersebut disedari berlaku pada tahun 2019.

Post a comment

0 Comments