SPRM digesa siasat 'surat sokongan' timbalan menteri


SURUHANJAYA
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Ia susulan pendedahan surat sokongan wakil rakyat dari Parti Bersatu Peribumi (Bersatu) agar anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga Bhd.

Tegas Lim, Akmal bukan saja mengaku beliau menulis surat sokongan itu malah mengakui telah menarik balik surat berkenaan.

Tindakan Ahli Parlimen Tanah Merah itu tegasnya adalah gejala salah guna kuasa, rasuah dan nepotisme yang sedang berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Tindakan mengeluarkan surat sokongan bagi melantik anak sendiri, sekali dengan persetujuan Ismail Sabri Yaakob (menteri kanan pertahanan), jelas melanggar salah 1 kesalahan SPRM meminta rasuah atau habuan.

“Jelas di sini bahawa sudah terlambat untuk Ikmal menafikan tanggungjawab kerana beliau sudah pun melakukan tindakan mengeluarkan surat sokongan tersebut untuk mendapatkan habuan bagi anak sendiri dengan menyalahgunakan kedudukannya sebagai timbalan menteri pertahanan.

“Malah, tindakan untuk mendapatkan habuan tersebut boleh dianggap telah genap dan lengkap apabila Ismail Sabri bersetuju dengan cadangan Ikmal untuk melantik anaknya,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini surat sokongan Ikmal yang meminta anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga tular di media sosial.

Dalam surat Ikmal kepada menteri kanan itu, Ismail meminitkan kepada pengerusi lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menyatakan persetujuannya melantik anak Ikmal sebagai pengarah Pharmaniaga.

Pemegang saham terbesar Pharmaniaga ialah Boustead Holdings. Manakala LTAT merupakan pemegang saham terbesar Boustead Holdings dan juga pemegang saham dalam Pharmaniaga.

Post a comment

0 Comments