Terma Dan Syarat


Menulis di ruang komen

Dalam era kebebasan bersuara, semua warganet dialu-alukan untuk menyuarakan pendapat atau memberi pandangan mereka terhadap isu-isu dikongsikan melalui laman ini. Kami menyarankan komen ditulis dalam Bahasa Malaysia dan dinyatakan dengan jelas agar tidak timbul sebarang salah faham pada pandangan diberikan.

Walau bagaimanapun, Kartel ingin meningatkan bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar diutarakan warganet. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun tersebut.

Kartel percaya keharmonian semua warga tanpa mengira bangsa, jantina, ideoalogi politik atau anutan agama wajar dihormati dan dipelihara.

Justeru kami melarang keras dan tidak bertolenrasi atas apa-apa jenis serangan langsung atau tidak langsung, kata-kata kesat, dan juga percubaan sengaja bagi menyerang apa-apa organisasi dan individu secara keterlaluan di ruangan komen.

Bagi memastikan semua pihak dapat meraih manfaat maksimum dari siaran di laman ini, kami menetapkan beberapa peraturan Am yang perlu dipatuhi warganet.Contoh komen yang tidak dibenarkan secara tersirat atau nyata termasuk tetapi tidak terhad kepada:
  • Komen bersifat kasar/menyerang individu/memfitnah/menyakitkan hati/lucah;
  • Komen menyakitkan hati berkaitan sebarang jantina, asal-usul etnik, agama, bangsa atau budaya;
  • Ulasan yang terkeluar dari topik sehingga menimbulkan salah faham kepada umum
  • Cubaan menipu atau memperdaya sehingga boleh mengakibatkan kerugian kepada pihak lain;
  • Menggalakkan atau mempromoasi aktiviti jenayah, haram atau keganasan sehingga boleh membahayakan keselamatan atau kebajikan orang lain;
  • Menyalahi undang-undang dan/atau kemungkiran sebarang peraturan atau undang-undang yang kini berkuat kuasa;
  • mendedahkan butiran mengandungi maklumat peribadi termasuk nama, nombor hubungan, alamat, e-mel dan lain-lain;
  • Menggunakan akaun palsu dan menyamar sebagai orang lain bagi menyerang individu/pertubuhan/pihak tertentu;
  • Spam (seperti ulasan sama yang diisampaikan berkali-kali) atau memasukkan pautan bagi tinjauan dan soal selidik atau laman web perdagangan atau laman lelongan yang menjual produk.

Kami merizab budi bicara mutlak untuk memadamkan mana-mana komen  jika dirasakan tidak wajar. Jika perlu, disingkirkan daripada komuniti dan/atau dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Post a comment

0 Comments