Tentang Kartel

Selamat Datang Geng !



Sememangnya dunia kewartawanan semakin meriah. Berbanding 10 tahun lalu, hari ini banyak laman portal telah wujud dan berkongsikan pelbagai maklumat kepada pembaca.

Ia sebenarnya satu cita-cita untuk membangunkan portal berita seperti ini. Walaupun berdepan pelbagai kekangan terutama dari segi kewangan dan sebagainya bagi mewujudkan portal ini, kami terus cuba merialisasikannya.

 
“Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah”
— Philip Massinger

Merupakan satu perasaan indah apabila artikel dikongsikan mampu memberi informasi semasa, pengetahuan dan impak baik kepada masyarakat umum. Justeru kami berusaha  memastikan sumber berita kami berdasarkan maklumat boleh dipercayai.

Kami masih dalam fasa awal pembangunan, namun akan terus berusaha memperbaiki kelemahan serta meningkatkan lagi mutu perkongsian-perkongsian kami.

Kesudian anda berkunjung ke portal ini sangat dihargai, kami terbuka untuk menerima apa-apa cadangan, pandangan atau apa juga bentuk sumbangan untuk memajukan portal ini. Bagi tujuan itu, anda sangat dialu-alukan untuk menghubungi kami.

Sementara itu, kami amat berharap anda dapat menjadi pengunjung setia portal ini serta laman-laman kami yang lain. Kami menggalakkan anda turut serta dengan berkongsi artikel serta memberi komentar pada setiap artikel yang kami siarkan.

Percayalah, sokongan anda merupakan pembakar semangat agar kami bagi terus membangunkan portal yang tidak seberapa ini.

Terima kasih dari Geng Kartel.


Post a comment

0 Comments